Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, 8 August 2011

7 Ogos 2011

Lebih kurang jam 11.30 pagi, kami dibenarkan bawa Zuhairah pulang ke rumah Nenek dan Datuk di Kg. Delek Kanan. Zuhairah dimandi dan ditukarkan pakaian. Pekerja-pekerja di Hospital Razif mengucapkan selamat tinggal untuk kita semua.

Abah dah belikan tilam berkelambu untuk Zuhairah tidur. Abah belikan tilam juga untuk Mama. Baju, seluar, kain, tuala, pampers, keperluan Zuhairah dan barang-barang lain dah lama Abah, Mama, Datuk dan Nenek sediakan untuk sambut Zuhairah.

Tapi, kami tak belikan susu tepung lagi. Asalnya nak kan Zuhairah minum susu ibu sahaja, tapi, susu ibu Mama belum keluar dengan baik lagi. Kebetulan, Hospital Razif bekalkan sampel susu tepung untuk bayi baru lahir. Jadi, Abah bancuh susu tepung untuk Zuhairah sementara tunggu susu ibu Mama keluar dengan baik.

Ada orang urutkan Mama. Nenek pun masakkan lauk dengan lobak putih untuk banyakkan susu ibu. Mama makan dan cuba habiskan walaupun rasa lobak tu tak lah sedap sangat. Ye lah, ubat. Tapi Mama tetap makan supaya Zuhairah dapat juga minum susu ibu.

Petang tu, Zuhairah mandi untuk kali pertama di rumah. Zuhairah menangis. Mungkin sebab sejuk. Nenek mandikan Zuhairah. Dah lama Nenek tak uruskan bayi. Dah 15 tahun Nenek tak uruskan bayi. Tapi Nenek cekap. Mula-mula je Zuhairah menangis, lepas dipakaikan seluar baju, Zuhairah tak nangis dah.

Zuhairah dah mula menyusu. Tapi, susu ibu Mama belum banyak. Tak tahulah Zuhairah dapat minum atau tidak..

Ramai orang datang ziarah Zuhairah dan Mama. Jiran-jiran, makcik-makcik, Datuk dan Nenek dari Kuala Kubu Bharu pun datang. Diorang seronok sangat dapat tengok dan dukung Zuhairah.

Malam tu, Ustazah Sharimah datang dengan suaminya. Abah minta ustazah tahnik Zuhairah. Sudi juga ustazah datang. Ustazah tahnik Zuhairah dengan tamar. Ustazah tak lupa doakan Zuhairah.

Lepas tetamu balik, kita semua pakat-pakat nak tidur....

No comments:

Post a Comment