Pagi-pagi lagi Abah dah bersiap nak daftarkan kelahiran Zuhairah di Jabatan Pendaftaran Negara. Abah, Nenek dan Mama cadangkan supaya Abah pergi ke JPN Pelabuhan Klang. Tak ramai orang katanya. Abah pun bersiap dan bawa dokumen-dokumen penting ke sana.
Urusan di sana sekejap sahaja. Tak sampai setengah jam, siaplah Surat Beranak Zuhairah. Abah daftarkan nama penuh Zuhairah : ZUHAIRATUL HAKEEMAH BINTI MUHAMMAD ZULFADHLI. Panjang juga nama Zuhairah =)
Dalam perjalanan balik ke rumah, Mama pesan kepada Abah untuk cari ikan haruan. Abah baca SMS Mama dan perkataan haruan jadi ikan sembilang. 2 kedai Abah pergi nak cari ikan sembilang (sepatutnya ikan haruan). Bila dah sampai rumah, baru Abah sedar yang Abah dah silap. Lepas rehat sekejap, Abah keluar semula ke kedai untuk beli ikan haruan. Abah beli dua ekor. Satu kilogram ikan haruan sekitar RM20.00. Ikan haruan ni, mengikut kata kebanyakan orang, baik untuk menyembuhkan luka-luka dalaman.
Mama akan makan ikan haruan esok bersama sayur lobak putih atau sayur sawi. Mama nak cepat sihat. Mama nak jaga Zuhairah dengan baik =)
Lebih kurang jam 3.30 petang, sekali lagi, Datuk, Nenek dan Abah bawa Zuhairah ke klinik untuk pemantauan. Sekali lagi jururawat cucuk kaki Zuhairah untuk ambil sampel darah. Tapi, kali ni Zuhairah tak menangis. Zuhairah tidur. Jururawat cucuk tapak kaki kanan Zuhairah. Walaupun tak menangis, berkerut juga muka Zuhairah menahan sakit. Zuhairah tidur sahaja sepanjang masa ketika di klinik kali ini.
Selepas tu, Nenek dan Abah bawa Zuhairah jumpa doktor. Doktor kata kekuningan meningkat sedikit tapi tidaklah sampai ke tahap membimbangkan. Untuk pantauan seterusnya, doktor minta kita hadir sekali lagi pada 11hb Ogos 2011.


No comments:
Post a Comment