Zuhairah pun tak tidur lama. Kejap-kejap Zuhairah jaga. Abah kejutkan Mama untuk beri susu ibu kepada Zuhairah. Kemudian Zuhairah tidur semula. Lepas tu bangun balik untuk menyusu. Tidur, bangun, menyusu sepanjang pagi.
Abah baring dan tongkat kepala dengan tangan. Bila Zuhairah nangis, mata Abah terus celik. Kadang-kadang Abah baring terus. Bila Zuhairah nangis, Abah terus bangun.
Jururawat Klinik Kerajaan datang melawat Mama dan Zuhairah. Abah dah buat laporan tentang kelahiran Zuhairah tengahari tadi. Jururawat minta Mama basuh luka dan periksa luka Mama. Kemudian jururawat periksa Zuhairah. Dia kata Zuhairah kena sedikit kekuningan. Dia arahkan supaya Zuhairah dibawa ke Klinik Kerjaan di Pandamaran untuk pemantauan. Petang itu juga Datuk, Nenek dan Abah bawa Zuhairah ke sana.
Sampai di sana, jururawat ambil sedikit darah Zuhairah untuk pemeriksaan. Zuhairah menangis semasa jarum dicucuk ke tapak kaki kiri Zuhairah. Sedikit sahaja darah yang diambil. Selepas darah diambil, jururawat tekapkan kapas berubat di tapak kaki Zuhairah. Lepas tu, Zuhairah dah tak nangis lagi. Sampel darah dibawa ke makmal kemudian kami berjumpa doktor. Doktor pesan supaya hadir ke klinik sekali lagi pada esok hari.


No comments:
Post a Comment