Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 7 August 2011

6 Ogos 2011

Pagi tu, Mama, Abah, Nenek dan Datuk bawa Zuhairah ke Hospital Razif. Selepas Mama beri penerangan kepada Nurse, Doktor dan Nurse buat pemeriksaan terhadap Mama.

Doktor kata, Mama dah ada contraction sebesar 2cm dan dia bagitau Mama yang Mama boleh bersalin hari ni..

Doktor minta jururawat bawa Mama ke bilik dan kemudian ke labour room. Lebih kurang jam 10.00 Mama dah berada di labour room. Doktor pecahkan ketuban, dan beri Mama ubat. Untuk tambah sakit katanya. Mama baring. Tak lama kemudian, Mama dah mula rasa sakit. Contraction tu membesar sedikit demi sedikit sebab Zuhairah dah mula menolak.

Mama rasa sangat sakit lalu jururawat beri Mama suntikan untuk tenangkan Mama. Mama tidur. Sepanjang masa di bilik dan di labour room, Abah temankan Mama. Sesekali abah turun ke bawah untuk jumpa Nenek dan Datuk dan untuk solat Zohor. Abah sempat tanya Doktor, pukul berapa Mama dijangka bersalin. Doktor kata pukul 6 petang.

Selepas solat Zohor, Abah terlelap sekejap. Lebih kurang jam 2.30, Abah naik semula ke labour room. Kesan suntikan penenang tu dah makin kurang. Mama tak dapat tidur lagi. Sesekali mama rasa sangat sakit. Bila sakit, Abah pegang tangan Mama. Kadang-kadang Mama paut bahu Abah. Abah dan Mama sentiasa berzikir dan beristighfar memohon kepada Allah Ta'ala agar dipermudahkan semua urusan.

Lebih kuran jam 3.40, Mama rasa semakin sakit. Jururawat ajarkan Mama untuk teran. Bila sakit datang, Mama kena mula teran. Teran macam rasa tak dapat buang air besar 3 hari.

Mama cuba buat. Tarik nafas dalam-dalam dan teran. Beberapa kali Mama cuba, tapi, Zuhairah belum dapat keluar. Jururawat minta Mama bertenang dan tahan jika ada rasa sakit. Lebih kurang jam 4 petang, jururawat tu akan datang semula.

Jam 4 petang, Doktor tiba dan jururawat bersedia untuk sambut Zuhairah. Mama cuba sedaya upaya untuk teran. Jam 4.05 petang, Mama teran tak putus-putus. Doktor terpaksa gunting sedikit ruang untuk mudahkan Zuhairah keluar. Abah bagi sokongan moral kepada Mama. Abah nampak, urat-urat dahi Mama jelas kelihatan semasa Mama teran. Akhirnya, jam 4.10 petang, Zuhairah selamat dilahirkan.

Mama dan Abah sangat bersyukur, alhamdulillah..walaupun mulanya agak sukar, tapi, hujungnya mudah. Mama melahirkan Zuhairah dengan cara normal.

Jururawat bersihkan Zuhairah. Zuhairah pegang jari jururawat. Jururawat jerit sikit minta Zuhairah lepaskan. Jururawat tu tak marah. Sambil-sambil tu, Abah tengok Zuhairah. Zuhairah dah mula buka mata. Zuhairah hisap jari. Mama pun tengok. Tapi, sebelum tu, Abah lupa nak bagi spek mata kat Mama. Doktor yang sedang jahit luka mama tergelak.

Selepas jururawat bersihkan Zuhairah, jururawat letak Zuhairah di troli bayi. Dia bawa Zuhairah turun. Abah ikut sekali untuk azan dan iqamatkan Zuhairah. Mama masih di labour room. Doktor masih menjahit luka mama.

Di bawah, Datuk, Nenek dan Makcik Anis sambut Zuhairah. Abah terus azan di telinga kanan Zuhairah, kemudian iqamat di telinga kiri Zuhairah. Jururawat minta abah hantar Zuhairah ke nurseri hospital. Zuhairah diletakkan sementara di sana.

Jururawat dah bawa Mama turun ke bilik Perdana 4. Abah lupa. Abah terus bergegas ke sana. Datuk, Nenek dan Makcik pun ke sana.

Tak lama selepas Zuhairah diberi susu botol, Zuhairah dibawa masuk ke bilik. Semua gembira melihat Zuhairah. Semua pakat-pakat hantar SMS kepada kenalan dan keluarga..

Zuhairah pun gembira =)

1 comment:

  1. "Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau jadikanlah Zuhairatul Hakeemah seorang anak yang solehah, seorang insan yang berguna kepada agama-Mu, Ameen Ya Allah.."

    ReplyDelete